Followers

Sunday, March 10, 2019

DISLEKSIA


Assalamualaikum...

     Hai! Entry yang ni kakak nak re-post entry lama kakak pasal DISLEKSIA. Ape tu? Ape DISLEKSIA ni sebenarnye... Nak tau? Kalau nak tau, teruskan membaca ye. ^_^


_________________________________________________________________________________


Cikgu : Adam, baca ayat pertama.
Adam : Er.. Sa..saya..t..tak tau, cikgu. 
Cikgu : Ayat senang macam tu pon kamu tak boleh baca? Apa masalah kamu sebenarnye? Sufian, kamu baca ayat tu. 
Sufian : Cikgu suka main bola.
Cikgu : Bagus.


_________________________________________________________________________________


     Ok. kakak bukan nak buat drama pendek. Kakak cuma nak tunjuk satu senario ni. Beza dua orang pelajar. Sorang pelajar normal yang boleh baca dengan lancar dan sorang lagi pelajar normal juga, tetapi tidak dapat membaca dengan baik. Salah seorang dari mereka adalah penghidap DISLEKSIA. Tapi, yang mana satu? Nak taw? Baca lagi ^_^ .

     

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. 



     Ok, bila baca petikan atas ni, korang mesti dah dapat agak kan, siapa antara Adam dan Sufian adalah penghidap DISLEKSIA. Yes, Adam la yang mengalami DISLEKSIA. 

Walau bagaimanapun...


Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.



     See? Ha, kalau ada antara orang-orang yang korang kenal ada masalah macam ni, jangan la sesedap oren korang je nak cakap dia bodoh ok. Diorang tak bodoh. Cuma lambat terima apa yang diorang belajar. Terutamanya yang melibatkan perkataan panjang-panjang. Contohnya, 'kakikirikakakkukaku'. Haha! Mau tergeliat lidah!

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya. So, nasib penghidap-penghidap DISLEKSIA ni lebih terjamin. Yela, bukan semua orang boleh terima benda-benda macam ni. Sekarang kakak tak sure masih ada lagi tak bantuan ni.

Ciri-ciri penghidap DISLEKSIA, punca-punca, dan bagaimana nak merawat gangguan ni, korang boleh baca kat SINI. Macam-macam info pasal gangguan ni. DISLEKSIA ialah gangguan ye. Bukan penyakit. Kat atas tadi pon ada bagitaw. Lagi satu, orang yang mengalami DISLEKSIA ni selalu konfius tengok huruf. Contohnya macam huruf D. Mana depan mana belakang dia konfius. Dan huruf b dan d. Selalu salah guna. Dan banyak lagi simptom diorang. Simptom lainnya ialah tulisan diorang kurang kemas.

Image result for disleksia




     Rasanya ni je yang kakak dapat kongsi untuk entry ni. Lega rasanya. Hee~ Bukan apa, kakak dah lama nak buat entry ni. Tapi baru hari ni dapat buat. Tahniah buat diri sendiri. 

Psst! Kakak tergerak nak buat entry ni lepas tengok cerita hindustan bertajuk Taare Zameen Par. Tapi korang jangan tak tau, ade jugak golongan bijak pandai dan artis-artis yang pernah menderita DISLEKSIA. Jangan ingat diorang semua tu sempurna ok. Contohnye Albert Einstein, Alexander Graham Bell, Leonardo Da Vinci, dan Tom Cruise.

Ada lagi sorang, Teme Abdullah. Kenal?

Sumber : Wikipedia

PERCUTIAN KE IPOH : Day 1 - Kellie's Castle

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan, ambik mood Ipoh semula.

2nd checkpoint kitorang untuk hari yang pertama ialah...

KELLIE'S CASTLE!

Dan kakak masih tak dapat brain kenapa orang ramai sangat pergi tempat ni. Mungkin diorang semua jiwa sejarah. Kakak, bukan jiwa sejarah. Sejarah kakak SPM je merasa B! Sebelum tu tak pernah jumpa B. A jauh sekali. So, bila sampai dekat Kellie's Castle ni kakak cuba la adapt dengan suasana sejarah tu. End up, ambik gambar mengarut je lepas tu ambik angin. Hahhaha!

Tapi korang boleh je kalau nak pergi. Bayar berapa ek hari tu. Haih! Better jangan tanya kot harga semua tu. Kakak ni spesis short term memory. Yang penting tak sampai limaploh ringgit. Dan sangat panas hokay kat sana! 1st day kakak dah sunburn kalah lepak pantai.

Memandangkan kakak tak gemar sejarah, maka kakak susah sikit nak explain perihal sejarah ni. Jadinya, kakak dah tolong korang search tentang sejarah Kellie's Castle. Boleh klik bawah ni:

KELLIE'S CASTLE


Dan, adalah sikit gambar syok sendiri kitorang..Kakak masuk sini untuk tatapan anak cucu akan datang. ๐Ÿ˜œ




::kakak tak kenal pun siapa ni. Curi ambik gambar hahahha!::

Motif??๐Ÿ˜‚






_________________________________________________________________________________

Balik dari Kellie's Castle, kitorag cadang nak singgah tempat kapal korek. Juga tempat sejarah. Hahahah Tak sangka kakak boleh terjebak dengan sejarah. Dan, tiba tempat kapal korek tu, ngam-ngam pak guard letak papan tanda CLOSED. Hahahaha Dah petang sangat masa tu. Makanya terkulat-kulat la masing-masing tengok dari luar 2 minit dan berlalu pergi. Kesian Amani yang dah teruja tahap tak tau nak kabo. Sekali tak dapat masuk..Haih!

Last-last kitorang pun gerak balik hostel. Dah nak maghrib baru check in hostel. Fuh! Next entry kakak cerita sikit pasar hostel dengan aktiviti malam kitorang okay?

Stay tuned! (walaupun belum ada orang baca) lol!  




PERCUTIAN KE IPOH : DAY 1 - Champs Elysees Kampar

Assalamualaikum...

Hai Ipoh maliiii! Kita ambik feel Ipoh sat eh.

Masa cuti tahun baru cina hari tu, kakak pergi sambut raya cina dengan sepupu kakak dekat Ipoh. Hahahaha! Kemain kan. Sambut terus!

Actually, kitorang saja je jalan-jalan dekat Ipoh sebab bila Google macam banyak tempat best walaupun mostly macam tempat bersejarah, you know, pasal bijih timah lah, kapal korek lah, tokong-tokong lama, tasik, gunung..seriously?

Banyak kali jugak lah kakak confirmkan dengan sepupu kakak. You betul ke nak pergi Ipoh ni? Betul nak kaji sejarah? hahahha! Over kan...Dan memandangkan cuti tak panjang, budget tak banyak, kakak pun relakan hati ke Ipoh. Sebab masuk tempat-tempat tarikan kat Ipoh murah-murah je.

So then, malam 3 Februari 2019, kakak pun gerak daripada Mersing naik bas ke TBS untuk jumpa dengan sepupu kakak. Tiba TBS pagi buta. Mata pun segan nak celik. Dari TBS kitorang gerak ke Ipoh. Daaannn...4 Februari 2019. Jejaklah kakiku di Ipoh. Macam tak percaya tau. Betul ke kakak dah dekat Ipoh? Rasa macam achievement sangat sebab lama gila weyh duduk dalam bas!๐Ÿ˜ฌ

Okaylah, untuk hari pertama ni, since kitorang pun macam rusa masuk kampung, makanya sepupu kakak minta bantuan talian hayat. Dia contact  member yang stay Ipoh untuk bawa kitorang kenal Ipoh. Thanks to Amani. Btw, sepupu kakak tu nama dia Ida.

First thing first, Amani bawak kitorang pergi cari makanan dulu. Konon nak makan nasi ganja. TUTUP. Dah nak raya kan. Kedai banyak tutup. Lapar gila weyh masa tu! Sekali dapat makan, senyap! Korang tak payah tanya lah kakak makan dekat mana sebab kalau tengah lapar, kakak tak kuasa nak check in dekat media sosial, ambik gambar pun tak kuasa, apa lagi nak ingat signboard kedai. Sorry for that.

Lepas dah makan, Amani bawak lah kitorang jalan-jalan. Masa tu dia bawak kitorang jalan tempat jauh-jauh dulu. First checkpoint kitorang ialah Champs Elysees, Bandar Agacia, Kampar. Tempat tu macam rasa dekat oversea sikit. English style giteww. Tapi masa kitorang pergi tu sunyi sepi. Boleh guling atas jalan tanpa risau kena lenyek. Takde orang sangat pun. Petang kot baru ada orang. So, kitorang ambik masa sikit selfie, bergambar, ambik gambar jalan, gambar bangunan, buat assumption sendiri; weyh, kedai-kedai dekat sini kan, macam kena serang zombi. Macam bandar mati!

Melampau sikit kakak punya assumption. Pengaruh filem zombie.๐Ÿ˜ฃ

Penatlah nak taip. Korang tengok gambar dulu eh. Jari kakak nak rehat sat.









Now kakak ngantuk pulak. Sambung next entry boleh? Sorry again! Next entry kita pergi 2nd Checkpoint okay? On?

ON!

Okay, thank you!๐Ÿ˜ด



KENAPA HANTAR SURAT RESIGN KALAU GAJI BERSIH DAH 4K?

Assalamualaikum...

Kakak ada kenal sorang.

Kerja sebagai Perancang Bandar. Kalau nak difikirkan logik akal, cukup sangat dah gaji dia tu. Tak masuk gaji suami lagi. Anak pula baru sorang masa tu. Tapi kenapa dia pilih untuk resign pada masa ekonomi negara tengah tak meyakinkan sekarang ni?


Image result for resign

Sebab satu hari dia di uji dengan anak sakit. Bila apply cuti selalu, bos jeling tajam. Dilema antara anak yang sakit dan tanggungjawab terhadap kerja.

Tapi sebab naluri seorang ibu tu kuat, dia pun yakin pilihan dia untuk resign adalah pilihan yang tepat. Kesihatan anak dan masa untuk keluarga memang nombor 1. Alhamdulillah sebab masa tu dia dah di lorongkan dengan bisnes Shaklee dan dah ada side income yang agak stabil daripada bisnes Shaklee.

Dan sekarang, side income dah pun jadi main income. Paling best sekali, income dia sekarang dah melebihi gaji dia masa kerja dulu. Dia juga dah berjaya lepas kelayakan untuk dapat insentif kereta. Bermaksud, dia dah tak payah fikir untuk bayar kereta. Shaklee dah sediakan duit untuk bayar kereta. So proud of her!

Now, dia dah lepas pun berpantang untuk anak kedua. Tak perlu risau kena berjauhan dengan anak-anak sebab anak-anak sekarang dah 24/7 depan mata. Ibu mana yang tak seronok bila dapat luangkan masa dengan anak-anak, plus dapat penuhi keinginan anak-anak. Siapa kata duit tak penting?

Dia yang dimaksudkan ialah my beloved mentor, Kak Dea Aziz ๐Ÿ’—



Kakak memang kagum sangat dengan Kak Dea ni sebab berani sangat dia ambik keputusan untuk resign semata-mata nak fokus dekat family. Kakak yakin ramai ibu berkerjaya dekat luar sana yang kalau di beri pilihan memang nak sangat spend whole time dengan family.


Siapa yang berimpian untuk jadi macam Kak Dea, jangan segan silu untuk whatsapp kakak, just klik je link ni www.wasap.my/60127680171/daftarbisnes . Sebab kakak pun tengah #roadtobegreat macam Kak Dea walaupun kakak belum ada anak-anak lagi. hehehe!

Lagi best, berdaftar dengan kakak bermaksud korang akan bernaung bawah pimpinan Kak Dea jugak, sekali gus boleh dapat free coaching with free foods, who knows kan?๐Ÿ˜œ

Onz tak onz?

APA YANG SHAKLEE OFFER?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hujung bulan hari tu genaplah 2 tahun dan 2 bulan kakak masih setia dengan Shaklee. Banyak sebenarnya yang kakak belum capai dalam Shaklee ni, tapi banyak juga yang kakak dah belajar sepanjang join bisnes Shaklee ni.



Tapi, apa yang Shaklee offer yang buat  kakak masih setia sampai sekarang? 

Paaaannnjaaanggg! ceritanya...

Long story short, basically Shaklee offer 3 benda yang lebih dikenali dengan 3C;

CASH
CAR
CONVENTION

CASH

Bilamana kita buat bisnes ni, yang paling kita nak tentulah duit kan? So, Shaklee offer unlimited cash untuk kita. Buatlah Shaklee ni sampai tertonggeng terlentang, korang akan dapat setimpal dengan usaha korang. Kalau dah sampai tertonggeng terlentang dok buat sales tu takkan lah pulak Shaklee nak bagi doplohsen je kan. Korang boleh dapat DUA RIBU okay!

Dan yang lagi best, Shaklee tak pernah lewat bayar cash bonus yang dia janjikan tu. Tepat 14hb, kalau dah lepas point untuk dapat bonus, checklah akaun. Kakak berani jamin, nama Shaklee tu dah keluar dalam akaun korang. Tapi jangan pulak tak join bisnes Shaklee tetiba nak bising 14hb takde duit masuk. Kakak katok sat gi.

CAR

Ni paling ramai yang dok kejar-kejar. Sebab apa? Shaklee dah janji untuk semua leader dia yang dah lepas 'ujian' kelayakan, diorang akan bayarkan kereta setiap bulan! Dan apa yang lagi best, Shaklee bagi car bonus dalam bentuk CASH terus ke akaun korang! Lepas tu lantak korang lah nak buat apa dengan duit tu. Nak bayar kereta boleh, nak beli kereta baru pun boleh, nak buat bayar deposit rumah pun no problem.

Baik tak Shaklee?

Sebab tu korang tak berapa nampak Master Shaklee tayang kereta mewah. Diorang tayang rumah 2 juta terus. Mendidih je kakak tengok.๐Ÿ˜‘

CONVENTION

Convention ni, kalau korang tak rasa cemburu, korang memang heartless. Shaklee offer FREE HOLIDAY okay! Tak cukup satu, dia bagi pilih pulak nak pergi negara yang terpilih atau nak pergi UMRAH. FULLY SPONSOR by Shaklee. Last year diorang dah bawak leaders naik the largest cruise; Symphony Of The Sea, jelajah Europe. Ada juga yang pilih untuk bawak mak ayah pergi umrah. Mana-mana pun memang Fully Sponsored!

Tahun depan pulak Shaklee tawarkan Korea dan Switzerland/Umrah. Kakak baca story leaders yang dapat pergi holiday under Shaklee, diorang cakap, kalau pergi bercuti dengan Shaklee, korang takkan lapar! Dah lah tak lapar, korang siap boleh shopping lagi sebab, DUIT SHOPPING PON SHAKLEE BAGI!

Dah lah. Makin mendidih pulak bila kakak taip benda ni. Silap-silap kang sampai habis entry asyik capital letter je.
________________________________________________________________________________

Sebab Shaklee offer 3C ni, jadi kakak sayang sangat nak tinggalkan Shaklee. Kakak baru dapat yang first C. Kakak nak jugak Car bonus dengan Convention tu. Kakak nak jugak kereta hasil titik peluh bengkak jari kakak. Kakak teringin jugak join percutian sponsor by Shaklee. Almaklumlah, nak pergi bercuti guna duit sendiri kang takut tak terbayar PTPTN pulak. 

Sebut pasal PTPTN, kakak tak sabar jugak nak settlekan guna bonus Shaklee!

Korang pun boleh grab apa yang Shaklee offer ni tau. Ala daftar ahli tak sampai pun RM80. Kalau nak join tak susah pun, komen je nombor whatsapp korang dekat bawah nanti kakak whatsapp korang. Kalau nak whatsapp kakak terus pun boleh. 

012-768 0171

Psst! Bonus statement Shaklee laku keras weyh untuk buat loan dengan bank! 

Power Rangers betul!




Tuesday, March 5, 2019

HARGAI WANITA: TIPS IBU SIHAT DAN BAHAGIA

Assalamualaikum...

Ibu
Emak
Ummi
Mama
Bonda
Mummy

Semua di atas adalah wanita. Kita akan sentiasa kagum dengan mereka yang di atas. Sebab apa? Pernah dengar kan orang cakap, seorang ibu, boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu boleh jaga seorang ibu.

Kalau dah namanya ibu, tak kisahlah 10 kali nyawa baru hadir dalam rahim, memang dia akan sentiasa jaga dengan baik sampai keluar jadi manusia. Cuma kadang-kadang manusia tu tak tahu menghargai jerih perih seorang insan bernama ibu (kemain kakak emo)๐Ÿ˜ถ

Sambung emo.

Ada ibu, sampai sanggup tak makan sebab nak dahulukan perut anak-anak. Ada ibu, sanggup tak tidur sebab jaga anak tidur takut digigit nyamuk. Ada ibu, sanggup tak berganti baju raya sebab nak simpan duit supaya anak berbaju baru di pagi raya. Ada ibu, sanggup berhutang sana-sini untuk bayar yuran anak nak pergi rombongan sekolah.

Masa kecil dulu kita tak perasan pun yang mak-mak kita semua susah. Yang kita tahu seronok je dapat baju raya, dapat join rombongan, perut kenyang, suka hati!

Tapi, makin kita besar, kita dah boleh faham pengorbanan mak-mak kita. Dah tua-tua baru diorang akan mengadu sakit kaki, sakit lutut, tak boleh berdiri lama. Bukan diorang nak kita buat apa pun, cukup sekadar luangkan masa. Diorang takkan minta kita balik kampung sebab takut ganggu komitmen kerja kita. Tapi, kita sebagai anak kena faham kiasan mak-mak kita.

Jadi, apa lagi usaha kita supaya mak-mak kita sentiasa sihat, sentiasa happy? Nak tips? tapi dua je lah sebab kakak dah mamai ni.๐Ÿ˜Ž

Okay, nah tips !

1. GIVE YOUR TIME

Luangkanlah masa untuk ibu korang. Kalau boss boleh didahulukan, takkan ibu dikemudiankan. Ye tak? Carilah apa pun cara untuk luangkan masa dengan ibu korang. Ibu tu kan pinjaman, selagi mampu, hargailah. Kalau yang bekerja makan gaji, korang dah boleh start cari sumber pendapatan yang mendekatkan korang dengan ibu korang kot. Business maybe? ehek!

Paling-paling pun, luangkan masa berdoa untuk kesejahteraan ibu.

2. GIVE HER HEALTH

Amboi! Bagi kesihatan? Kita bukan Tuhan! Sabar sabar. Tu kan Subtopic je. Maksud give her health tu, korang jaga lah kesihatan ibu korang. Pastikan diorang dapat kesihatan yang baik. Doakan diorang sentiasa sihat. The best thing is bila korang sendiri boleh jaga kesihatan diorang. How? Diorang taknak duduk dengan kita. Diorang nak duduk dengan ayam itik dekat kampung. 

Supply vitamins untuk diorang. The less we can do kan? 

Kalau korang bagi dua ni, inshaAllah ibu korang sentiasa sihat dan bahagia. 

Ayuhlah kita sama-sama raikan wanita kesayangan kita๐Ÿ˜

#raikanwanitatitanium

Related image

TANGGUNGJAWAB DAN MASA: TIPS PENGURUSAN MASA

Assalamualaikum...

Tanggungjawab dan masa. 

Apa kaitannya tanggungjawab dan masa? 

Kaitannya bila mana makin banyak tanggungjawab kita makin banyak masa yang kita perlukan. Kakak ambil contoh di tempat kerja je supaya mudah nak faham. Bila kerja kita sikit, kita tak ambil masa yang lama untuk siapkan. Berbeza pula halnya bila kerj akita bertambah. Masa kita peruntukkan untuk siapkan kerja pun bertambah.

Paling tak best bila tak cukup masa kita TERPAKSA overtime! Ni kakak cukup pantang !๐Ÿ˜ค

Makanya, untuk pastikan masa kita terletak cantik dan dapat digunakan secara efektif (nah ayat acah power), hari ni kakak nak share tips untuk menghadapi masa yang mencemburui kita. Bahasa mudahnya kakak nak share cara menguruskan masa di kala kerja menggunung.

Cekidauttt!

1. List things-to-do

Ni paling penting dan memang perkara paling pertama yang kita kena buat untuk pastikan kerja kita lancar. A MUST! Even surirumah pun memang bagus kalau buat senarai ni lagi-lagi kalau sejenis mudah hilang ingatan macam kakak ni. Kot-kot la lupa nak masak nasi. 

2. Pilih perkara urgent & important

Okay, lepas korang dah list out kan kerja yang perlu dibuat, korang dah boleh asingkan kepada yang lebih penting dan segera. Kalau kerja yang ada deadline, yang tu la korang perlu buat dulu. Supaya korang tak stress bila kena kejar dengan boss. Jangan gopoh nak siapkan semua sampai terlupa kerja yang paling perlu siap dulu. Faham kan?

3. Don't stop!

Apa-apa yang korang buat, please don't stop. Don't stop ni maksudnya bukanlah buat kerja sampai tak makan minum solat..Kang ada yang claim kakak bagi ajaran sesat. Dunia akhir zaman, semua orang fikir duniawi..tiber! NO!. Maksudnya, korang tak sampai rasa macam, 'eh malaslah aku nak fikir (tutup pc, lagak orang putus asa)'. Please don't! Buat slow takpe, janji buat. Bak kata omputih celup sekarang ni, slowly but surely.๐Ÿ˜Ž

4. Berdoa dan berzikir.

Doa banyak-banyak supaya kerja yang kita buat jadi mudah bagi kita. Zikir selalu supaya kita rasa tenang untuk siapkan kerja. Supaya otak tak berserabut dok fikir kerja yang menimbun.

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ู„ุงَ ุณَู‡ْู„َ ุฅِู„ุงَّ ู…َุง ุฌَุนَู„ْุชَู‡ُ ุณَู‡ْู„ุงً ูˆَุฃَู†ْุชَ ุชَุฌْุนَู„ُ ุงู„ุญَุฒْู†َ ุฅِุฐَุง ุดِุฆْุชَ ุณَู‡ْู„ุงً
Maksudnya:Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah.

5. Jangan merungut.

Korang perasan tak, kalau kita buat kerja sambil merungut, kita tak ikhlas. Bila kita tak ikhlas, kerja kita jadi susah, lambat siap, kepala berserabut. Pernah tak rasa? Jangan kata tak pernah sebab kita bukan maksum. Hehehe๐Ÿ˜œ Jadi, jangan merungut. Buat kerja dengan ikhlas dan tenang walaupun kita buatkan kerja orang. InshaAllah semua kerja pasti beres!

So, kakak dah bagi tips ni, jangan stress-stress lagi tau. Korang kena faham, "Tanggungjawab akan sentiasa lebih banyak dari masa yang kita ada"-Imam Hassan al-Banna.

Rancanglah waktu kita sebaiknya sebab Allah hanya menguji kita sesuai dengan kemampuan kita. 

Chill!


Monday, March 4, 2019

BERGURU DENGAN KEHIDUPAN

Assalamualaikum...

Sedar atau tak sedar, setiap peristiwa, pahit atau manis, baik atau buruk, hakikatnya adalah 'guru' yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih, dan sakit untuk kita menerimanya. Oleh itu, apabila ditimpa sesuatu musibah atau menerima sesuatu nikmat, muhasabahlah diri : Apakah hikmah disebalik semua itu?

     Anggaplah setiap sesuatu yang berlaku ke atas diri dan kehidupan kita ada tujuan tertentu, dengan ini hidup kita akan sentiasa tenang dan teratur. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup kita adalah 'mehnah' : didikan terus daripada Allah. Apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah didikan Allah untuk hambanya.

Jika seseorang datang dan membuat kita marah, maka dia adalah 'guru' yang mengajar kita erti sabar. Jika kita terasa kesempitan wang, maka situasi itu sedang mengajar kita supaya berjimat cermat. Jika kita dikecewakan, maka ia mengajar kita supaya tidak terlalu berharap. Begitu juga hal-hal lain .

     Tujuan utama diberi cabaran dan dugaan dalam hidup adalah untuk mengubah dan mengajar kita berdepan dengan kehidupan. Hidup kita akan sentiasa berlaku perubahan yang berterusan dan perubahan tersebut berlaku melalui pengalaman yang kita lalui. Kita tidak boleh lari daripada masalah kerana orang yang lari daripada masalah ialah orang yang kalah.

Kita tidak boleh menentukan takdir, tetapi kita yang mentadbir diri kita sendiri sebagai khalifah. Lakukan sesuatu dengan tujuan. Jangan lakukan sesuatu atas dasar 'saja-saja' kerana hidup kita akan menjadi sia-sia. Orang yang mempunyai tujuan tidak akan mudah patah semangat. Oleh itu, belajarlah sesuatu daripada kehidupan dan pengalaman hidup sendiri, kerana setiap pengalaman pasti terselit suatu hikmah yang cukup besar. InsyaAllah...

"We cannot direct the wind, but we can adjust our sail." ๐Ÿ˜‰