Followers

Showing posts with label Ipoh. Show all posts
Showing posts with label Ipoh. Show all posts

Sunday, March 10, 2019

PERCUTIAN KE IPOH : Day 1 - Kellie's Castle

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan, ambik mood Ipoh semula.

2nd checkpoint kitorang untuk hari yang pertama ialah...

KELLIE'S CASTLE!

Dan kakak masih tak dapat brain kenapa orang ramai sangat pergi tempat ni. Mungkin diorang semua jiwa sejarah. Kakak, bukan jiwa sejarah. Sejarah kakak SPM je merasa B! Sebelum tu tak pernah jumpa B. A jauh sekali. So, bila sampai dekat Kellie's Castle ni kakak cuba la adapt dengan suasana sejarah tu. End up, ambik gambar mengarut je lepas tu ambik angin. Hahhaha!

Tapi korang boleh je kalau nak pergi. Bayar berapa ek hari tu. Haih! Better jangan tanya kot harga semua tu. Kakak ni spesis short term memory. Yang penting tak sampai limaploh ringgit. Dan sangat panas hokay kat sana! 1st day kakak dah sunburn kalah lepak pantai.

Memandangkan kakak tak gemar sejarah, maka kakak susah sikit nak explain perihal sejarah ni. Jadinya, kakak dah tolong korang search tentang sejarah Kellie's Castle. Boleh klik bawah ni:

KELLIE'S CASTLE


Dan, adalah sikit gambar syok sendiri kitorang..Kakak masuk sini untuk tatapan anak cucu akan datang. 😜




::kakak tak kenal pun siapa ni. Curi ambik gambar hahahha!::

Motif??😂






_________________________________________________________________________________

Balik dari Kellie's Castle, kitorag cadang nak singgah tempat kapal korek. Juga tempat sejarah. Hahahah Tak sangka kakak boleh terjebak dengan sejarah. Dan, tiba tempat kapal korek tu, ngam-ngam pak guard letak papan tanda CLOSED. Hahahaha Dah petang sangat masa tu. Makanya terkulat-kulat la masing-masing tengok dari luar 2 minit dan berlalu pergi. Kesian Amani yang dah teruja tahap tak tau nak kabo. Sekali tak dapat masuk..Haih!

Last-last kitorang pun gerak balik hostel. Dah nak maghrib baru check in hostel. Fuh! Next entry kakak cerita sikit pasar hostel dengan aktiviti malam kitorang okay?

Stay tuned! (walaupun belum ada orang baca) lol!  




PERCUTIAN KE IPOH : DAY 1 - Champs Elysees Kampar

Assalamualaikum...

Hai Ipoh maliiii! Kita ambik feel Ipoh sat eh.

Masa cuti tahun baru cina hari tu, kakak pergi sambut raya cina dengan sepupu kakak dekat Ipoh. Hahahaha! Kemain kan. Sambut terus!

Actually, kitorang saja je jalan-jalan dekat Ipoh sebab bila Google macam banyak tempat best walaupun mostly macam tempat bersejarah, you know, pasal bijih timah lah, kapal korek lah, tokong-tokong lama, tasik, gunung..seriously?

Banyak kali jugak lah kakak confirmkan dengan sepupu kakak. You betul ke nak pergi Ipoh ni? Betul nak kaji sejarah? hahahha! Over kan...Dan memandangkan cuti tak panjang, budget tak banyak, kakak pun relakan hati ke Ipoh. Sebab masuk tempat-tempat tarikan kat Ipoh murah-murah je.

So then, malam 3 Februari 2019, kakak pun gerak daripada Mersing naik bas ke TBS untuk jumpa dengan sepupu kakak. Tiba TBS pagi buta. Mata pun segan nak celik. Dari TBS kitorang gerak ke Ipoh. Daaannn...4 Februari 2019. Jejaklah kakiku di Ipoh. Macam tak percaya tau. Betul ke kakak dah dekat Ipoh? Rasa macam achievement sangat sebab lama gila weyh duduk dalam bas!😬

Okaylah, untuk hari pertama ni, since kitorang pun macam rusa masuk kampung, makanya sepupu kakak minta bantuan talian hayat. Dia contact  member yang stay Ipoh untuk bawa kitorang kenal Ipoh. Thanks to Amani. Btw, sepupu kakak tu nama dia Ida.

First thing first, Amani bawak kitorang pergi cari makanan dulu. Konon nak makan nasi ganja. TUTUP. Dah nak raya kan. Kedai banyak tutup. Lapar gila weyh masa tu! Sekali dapat makan, senyap! Korang tak payah tanya lah kakak makan dekat mana sebab kalau tengah lapar, kakak tak kuasa nak check in dekat media sosial, ambik gambar pun tak kuasa, apa lagi nak ingat signboard kedai. Sorry for that.

Lepas dah makan, Amani bawak lah kitorang jalan-jalan. Masa tu dia bawak kitorang jalan tempat jauh-jauh dulu. First checkpoint kitorang ialah Champs Elysees, Bandar Agacia, Kampar. Tempat tu macam rasa dekat oversea sikit. English style giteww. Tapi masa kitorang pergi tu sunyi sepi. Boleh guling atas jalan tanpa risau kena lenyek. Takde orang sangat pun. Petang kot baru ada orang. So, kitorang ambik masa sikit selfie, bergambar, ambik gambar jalan, gambar bangunan, buat assumption sendiri; weyh, kedai-kedai dekat sini kan, macam kena serang zombi. Macam bandar mati!

Melampau sikit kakak punya assumption. Pengaruh filem zombie.😣

Penatlah nak taip. Korang tengok gambar dulu eh. Jari kakak nak rehat sat.









Now kakak ngantuk pulak. Sambung next entry boleh? Sorry again! Next entry kita pergi 2nd Checkpoint okay? On?

ON!

Okay, thank you!😴