Followers

Sunday, March 10, 2019

PERCUTIAN KE IPOH : Day 1 - Kellie's Castle

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan, ambik mood Ipoh semula.

2nd checkpoint kitorang untuk hari yang pertama ialah...

KELLIE'S CASTLE!

Dan kakak masih tak dapat brain kenapa orang ramai sangat pergi tempat ni. Mungkin diorang semua jiwa sejarah. Kakak, bukan jiwa sejarah. Sejarah kakak SPM je merasa B! Sebelum tu tak pernah jumpa B. A jauh sekali. So, bila sampai dekat Kellie's Castle ni kakak cuba la adapt dengan suasana sejarah tu. End up, ambik gambar mengarut je lepas tu ambik angin. Hahhaha!

Tapi korang boleh je kalau nak pergi. Bayar berapa ek hari tu. Haih! Better jangan tanya kot harga semua tu. Kakak ni spesis short term memory. Yang penting tak sampai limaploh ringgit. Dan sangat panas hokay kat sana! 1st day kakak dah sunburn kalah lepak pantai.

Memandangkan kakak tak gemar sejarah, maka kakak susah sikit nak explain perihal sejarah ni. Jadinya, kakak dah tolong korang search tentang sejarah Kellie's Castle. Boleh klik bawah ni:

KELLIE'S CASTLE


Dan, adalah sikit gambar syok sendiri kitorang..Kakak masuk sini untuk tatapan anak cucu akan datang. 😜




::kakak tak kenal pun siapa ni. Curi ambik gambar hahahha!::

Motif??😂






_________________________________________________________________________________

Balik dari Kellie's Castle, kitorag cadang nak singgah tempat kapal korek. Juga tempat sejarah. Hahahah Tak sangka kakak boleh terjebak dengan sejarah. Dan, tiba tempat kapal korek tu, ngam-ngam pak guard letak papan tanda CLOSED. Hahahaha Dah petang sangat masa tu. Makanya terkulat-kulat la masing-masing tengok dari luar 2 minit dan berlalu pergi. Kesian Amani yang dah teruja tahap tak tau nak kabo. Sekali tak dapat masuk..Haih!

Last-last kitorang pun gerak balik hostel. Dah nak maghrib baru check in hostel. Fuh! Next entry kakak cerita sikit pasar hostel dengan aktiviti malam kitorang okay?

Stay tuned! (walaupun belum ada orang baca) lol!  




No comments: