Followers

Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Sunday, March 10, 2019

PERCUTIAN KE IPOH : Day 1 - Kellie's Castle

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan, ambik mood Ipoh semula.

2nd checkpoint kitorang untuk hari yang pertama ialah...

KELLIE'S CASTLE!

Dan kakak masih tak dapat brain kenapa orang ramai sangat pergi tempat ni. Mungkin diorang semua jiwa sejarah. Kakak, bukan jiwa sejarah. Sejarah kakak SPM je merasa B! Sebelum tu tak pernah jumpa B. A jauh sekali. So, bila sampai dekat Kellie's Castle ni kakak cuba la adapt dengan suasana sejarah tu. End up, ambik gambar mengarut je lepas tu ambik angin. Hahhaha!

Tapi korang boleh je kalau nak pergi. Bayar berapa ek hari tu. Haih! Better jangan tanya kot harga semua tu. Kakak ni spesis short term memory. Yang penting tak sampai limaploh ringgit. Dan sangat panas hokay kat sana! 1st day kakak dah sunburn kalah lepak pantai.

Memandangkan kakak tak gemar sejarah, maka kakak susah sikit nak explain perihal sejarah ni. Jadinya, kakak dah tolong korang search tentang sejarah Kellie's Castle. Boleh klik bawah ni:

KELLIE'S CASTLE


Dan, adalah sikit gambar syok sendiri kitorang..Kakak masuk sini untuk tatapan anak cucu akan datang. 😜




::kakak tak kenal pun siapa ni. Curi ambik gambar hahahha!::

Motif??😂






_________________________________________________________________________________

Balik dari Kellie's Castle, kitorag cadang nak singgah tempat kapal korek. Juga tempat sejarah. Hahahah Tak sangka kakak boleh terjebak dengan sejarah. Dan, tiba tempat kapal korek tu, ngam-ngam pak guard letak papan tanda CLOSED. Hahahaha Dah petang sangat masa tu. Makanya terkulat-kulat la masing-masing tengok dari luar 2 minit dan berlalu pergi. Kesian Amani yang dah teruja tahap tak tau nak kabo. Sekali tak dapat masuk..Haih!

Last-last kitorang pun gerak balik hostel. Dah nak maghrib baru check in hostel. Fuh! Next entry kakak cerita sikit pasar hostel dengan aktiviti malam kitorang okay?

Stay tuned! (walaupun belum ada orang baca) lol!  




PERCUTIAN KE IPOH : DAY 1 - Champs Elysees Kampar

Assalamualaikum...

Hai Ipoh maliiii! Kita ambik feel Ipoh sat eh.

Masa cuti tahun baru cina hari tu, kakak pergi sambut raya cina dengan sepupu kakak dekat Ipoh. Hahahaha! Kemain kan. Sambut terus!

Actually, kitorang saja je jalan-jalan dekat Ipoh sebab bila Google macam banyak tempat best walaupun mostly macam tempat bersejarah, you know, pasal bijih timah lah, kapal korek lah, tokong-tokong lama, tasik, gunung..seriously?

Banyak kali jugak lah kakak confirmkan dengan sepupu kakak. You betul ke nak pergi Ipoh ni? Betul nak kaji sejarah? hahahha! Over kan...Dan memandangkan cuti tak panjang, budget tak banyak, kakak pun relakan hati ke Ipoh. Sebab masuk tempat-tempat tarikan kat Ipoh murah-murah je.

So then, malam 3 Februari 2019, kakak pun gerak daripada Mersing naik bas ke TBS untuk jumpa dengan sepupu kakak. Tiba TBS pagi buta. Mata pun segan nak celik. Dari TBS kitorang gerak ke Ipoh. Daaannn...4 Februari 2019. Jejaklah kakiku di Ipoh. Macam tak percaya tau. Betul ke kakak dah dekat Ipoh? Rasa macam achievement sangat sebab lama gila weyh duduk dalam bas!😬

Okaylah, untuk hari pertama ni, since kitorang pun macam rusa masuk kampung, makanya sepupu kakak minta bantuan talian hayat. Dia contact  member yang stay Ipoh untuk bawa kitorang kenal Ipoh. Thanks to Amani. Btw, sepupu kakak tu nama dia Ida.

First thing first, Amani bawak kitorang pergi cari makanan dulu. Konon nak makan nasi ganja. TUTUP. Dah nak raya kan. Kedai banyak tutup. Lapar gila weyh masa tu! Sekali dapat makan, senyap! Korang tak payah tanya lah kakak makan dekat mana sebab kalau tengah lapar, kakak tak kuasa nak check in dekat media sosial, ambik gambar pun tak kuasa, apa lagi nak ingat signboard kedai. Sorry for that.

Lepas dah makan, Amani bawak lah kitorang jalan-jalan. Masa tu dia bawak kitorang jalan tempat jauh-jauh dulu. First checkpoint kitorang ialah Champs Elysees, Bandar Agacia, Kampar. Tempat tu macam rasa dekat oversea sikit. English style giteww. Tapi masa kitorang pergi tu sunyi sepi. Boleh guling atas jalan tanpa risau kena lenyek. Takde orang sangat pun. Petang kot baru ada orang. So, kitorang ambik masa sikit selfie, bergambar, ambik gambar jalan, gambar bangunan, buat assumption sendiri; weyh, kedai-kedai dekat sini kan, macam kena serang zombi. Macam bandar mati!

Melampau sikit kakak punya assumption. Pengaruh filem zombie.😣

Penatlah nak taip. Korang tengok gambar dulu eh. Jari kakak nak rehat sat.









Now kakak ngantuk pulak. Sambung next entry boleh? Sorry again! Next entry kita pergi 2nd Checkpoint okay? On?

ON!

Okay, thank you!😴



APA YANG SHAKLEE OFFER?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hujung bulan hari tu genaplah 2 tahun dan 2 bulan kakak masih setia dengan Shaklee. Banyak sebenarnya yang kakak belum capai dalam Shaklee ni, tapi banyak juga yang kakak dah belajar sepanjang join bisnes Shaklee ni.



Tapi, apa yang Shaklee offer yang buat  kakak masih setia sampai sekarang? 

Paaaannnjaaanggg! ceritanya...

Long story short, basically Shaklee offer 3 benda yang lebih dikenali dengan 3C;

CASH
CAR
CONVENTION

CASH

Bilamana kita buat bisnes ni, yang paling kita nak tentulah duit kan? So, Shaklee offer unlimited cash untuk kita. Buatlah Shaklee ni sampai tertonggeng terlentang, korang akan dapat setimpal dengan usaha korang. Kalau dah sampai tertonggeng terlentang dok buat sales tu takkan lah pulak Shaklee nak bagi doplohsen je kan. Korang boleh dapat DUA RIBU okay!

Dan yang lagi best, Shaklee tak pernah lewat bayar cash bonus yang dia janjikan tu. Tepat 14hb, kalau dah lepas point untuk dapat bonus, checklah akaun. Kakak berani jamin, nama Shaklee tu dah keluar dalam akaun korang. Tapi jangan pulak tak join bisnes Shaklee tetiba nak bising 14hb takde duit masuk. Kakak katok sat gi.

CAR

Ni paling ramai yang dok kejar-kejar. Sebab apa? Shaklee dah janji untuk semua leader dia yang dah lepas 'ujian' kelayakan, diorang akan bayarkan kereta setiap bulan! Dan apa yang lagi best, Shaklee bagi car bonus dalam bentuk CASH terus ke akaun korang! Lepas tu lantak korang lah nak buat apa dengan duit tu. Nak bayar kereta boleh, nak beli kereta baru pun boleh, nak buat bayar deposit rumah pun no problem.

Baik tak Shaklee?

Sebab tu korang tak berapa nampak Master Shaklee tayang kereta mewah. Diorang tayang rumah 2 juta terus. Mendidih je kakak tengok.😑

CONVENTION

Convention ni, kalau korang tak rasa cemburu, korang memang heartless. Shaklee offer FREE HOLIDAY okay! Tak cukup satu, dia bagi pilih pulak nak pergi negara yang terpilih atau nak pergi UMRAH. FULLY SPONSOR by Shaklee. Last year diorang dah bawak leaders naik the largest cruise; Symphony Of The Sea, jelajah Europe. Ada juga yang pilih untuk bawak mak ayah pergi umrah. Mana-mana pun memang Fully Sponsored!

Tahun depan pulak Shaklee tawarkan Korea dan Switzerland/Umrah. Kakak baca story leaders yang dapat pergi holiday under Shaklee, diorang cakap, kalau pergi bercuti dengan Shaklee, korang takkan lapar! Dah lah tak lapar, korang siap boleh shopping lagi sebab, DUIT SHOPPING PON SHAKLEE BAGI!

Dah lah. Makin mendidih pulak bila kakak taip benda ni. Silap-silap kang sampai habis entry asyik capital letter je.
________________________________________________________________________________

Sebab Shaklee offer 3C ni, jadi kakak sayang sangat nak tinggalkan Shaklee. Kakak baru dapat yang first C. Kakak nak jugak Car bonus dengan Convention tu. Kakak nak jugak kereta hasil titik peluh bengkak jari kakak. Kakak teringin jugak join percutian sponsor by Shaklee. Almaklumlah, nak pergi bercuti guna duit sendiri kang takut tak terbayar PTPTN pulak. 

Sebut pasal PTPTN, kakak tak sabar jugak nak settlekan guna bonus Shaklee!

Korang pun boleh grab apa yang Shaklee offer ni tau. Ala daftar ahli tak sampai pun RM80. Kalau nak join tak susah pun, komen je nombor whatsapp korang dekat bawah nanti kakak whatsapp korang. Kalau nak whatsapp kakak terus pun boleh. 

012-768 0171

Psst! Bonus statement Shaklee laku keras weyh untuk buat loan dengan bank! 

Power Rangers betul!