Followers

Sunday, March 10, 2019

DISLEKSIA


Assalamualaikum...

     Hai! Entry yang ni kakak nak re-post entry lama kakak pasal DISLEKSIA. Ape tu? Ape DISLEKSIA ni sebenarnye... Nak tau? Kalau nak tau, teruskan membaca ye. ^_^


_________________________________________________________________________________


Cikgu : Adam, baca ayat pertama.
Adam : Er.. Sa..saya..t..tak tau, cikgu. 
Cikgu : Ayat senang macam tu pon kamu tak boleh baca? Apa masalah kamu sebenarnye? Sufian, kamu baca ayat tu. 
Sufian : Cikgu suka main bola.
Cikgu : Bagus.


_________________________________________________________________________________


     Ok. kakak bukan nak buat drama pendek. Kakak cuma nak tunjuk satu senario ni. Beza dua orang pelajar. Sorang pelajar normal yang boleh baca dengan lancar dan sorang lagi pelajar normal juga, tetapi tidak dapat membaca dengan baik. Salah seorang dari mereka adalah penghidap DISLEKSIA. Tapi, yang mana satu? Nak taw? Baca lagi ^_^ .

     

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. 



     Ok, bila baca petikan atas ni, korang mesti dah dapat agak kan, siapa antara Adam dan Sufian adalah penghidap DISLEKSIA. Yes, Adam la yang mengalami DISLEKSIA. 

Walau bagaimanapun...


Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.



     See? Ha, kalau ada antara orang-orang yang korang kenal ada masalah macam ni, jangan la sesedap oren korang je nak cakap dia bodoh ok. Diorang tak bodoh. Cuma lambat terima apa yang diorang belajar. Terutamanya yang melibatkan perkataan panjang-panjang. Contohnya, 'kakikirikakakkukaku'. Haha! Mau tergeliat lidah!

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya. So, nasib penghidap-penghidap DISLEKSIA ni lebih terjamin. Yela, bukan semua orang boleh terima benda-benda macam ni. Sekarang kakak tak sure masih ada lagi tak bantuan ni.

Ciri-ciri penghidap DISLEKSIA, punca-punca, dan bagaimana nak merawat gangguan ni, korang boleh baca kat SINI. Macam-macam info pasal gangguan ni. DISLEKSIA ialah gangguan ye. Bukan penyakit. Kat atas tadi pon ada bagitaw. Lagi satu, orang yang mengalami DISLEKSIA ni selalu konfius tengok huruf. Contohnya macam huruf D. Mana depan mana belakang dia konfius. Dan huruf b dan d. Selalu salah guna. Dan banyak lagi simptom diorang. Simptom lainnya ialah tulisan diorang kurang kemas.

Image result for disleksia




     Rasanya ni je yang kakak dapat kongsi untuk entry ni. Lega rasanya. Hee~ Bukan apa, kakak dah lama nak buat entry ni. Tapi baru hari ni dapat buat. Tahniah buat diri sendiri. 

Psst! Kakak tergerak nak buat entry ni lepas tengok cerita hindustan bertajuk Taare Zameen Par. Tapi korang jangan tak tau, ade jugak golongan bijak pandai dan artis-artis yang pernah menderita DISLEKSIA. Jangan ingat diorang semua tu sempurna ok. Contohnye Albert Einstein, Alexander Graham Bell, Leonardo Da Vinci, dan Tom Cruise.

Ada lagi sorang, Teme Abdullah. Kenal?

Sumber : Wikipedia

No comments: