Followers

Tuesday, March 5, 2019

HARGAI WANITA: TIPS IBU SIHAT DAN BAHAGIA

Assalamualaikum...

Ibu
Emak
Ummi
Mama
Bonda
Mummy

Semua di atas adalah wanita. Kita akan sentiasa kagum dengan mereka yang di atas. Sebab apa? Pernah dengar kan orang cakap, seorang ibu, boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu boleh jaga seorang ibu.

Kalau dah namanya ibu, tak kisahlah 10 kali nyawa baru hadir dalam rahim, memang dia akan sentiasa jaga dengan baik sampai keluar jadi manusia. Cuma kadang-kadang manusia tu tak tahu menghargai jerih perih seorang insan bernama ibu (kemain kakak emo)😶

Sambung emo.

Ada ibu, sampai sanggup tak makan sebab nak dahulukan perut anak-anak. Ada ibu, sanggup tak tidur sebab jaga anak tidur takut digigit nyamuk. Ada ibu, sanggup tak berganti baju raya sebab nak simpan duit supaya anak berbaju baru di pagi raya. Ada ibu, sanggup berhutang sana-sini untuk bayar yuran anak nak pergi rombongan sekolah.

Masa kecil dulu kita tak perasan pun yang mak-mak kita semua susah. Yang kita tahu seronok je dapat baju raya, dapat join rombongan, perut kenyang, suka hati!

Tapi, makin kita besar, kita dah boleh faham pengorbanan mak-mak kita. Dah tua-tua baru diorang akan mengadu sakit kaki, sakit lutut, tak boleh berdiri lama. Bukan diorang nak kita buat apa pun, cukup sekadar luangkan masa. Diorang takkan minta kita balik kampung sebab takut ganggu komitmen kerja kita. Tapi, kita sebagai anak kena faham kiasan mak-mak kita.

Jadi, apa lagi usaha kita supaya mak-mak kita sentiasa sihat, sentiasa happy? Nak tips? tapi dua je lah sebab kakak dah mamai ni.😎

Okay, nah tips !

1. GIVE YOUR TIME

Luangkanlah masa untuk ibu korang. Kalau boss boleh didahulukan, takkan ibu dikemudiankan. Ye tak? Carilah apa pun cara untuk luangkan masa dengan ibu korang. Ibu tu kan pinjaman, selagi mampu, hargailah. Kalau yang bekerja makan gaji, korang dah boleh start cari sumber pendapatan yang mendekatkan korang dengan ibu korang kot. Business maybe? ehek!

Paling-paling pun, luangkan masa berdoa untuk kesejahteraan ibu.

2. GIVE HER HEALTH

Amboi! Bagi kesihatan? Kita bukan Tuhan! Sabar sabar. Tu kan Subtopic je. Maksud give her health tu, korang jaga lah kesihatan ibu korang. Pastikan diorang dapat kesihatan yang baik. Doakan diorang sentiasa sihat. The best thing is bila korang sendiri boleh jaga kesihatan diorang. How? Diorang taknak duduk dengan kita. Diorang nak duduk dengan ayam itik dekat kampung. 

Supply vitamins untuk diorang. The less we can do kan? 

Kalau korang bagi dua ni, inshaAllah ibu korang sentiasa sihat dan bahagia. 

Ayuhlah kita sama-sama raikan wanita kesayangan kita😍

#raikanwanitatitanium

Related image

TANGGUNGJAWAB DAN MASA: TIPS PENGURUSAN MASA

Assalamualaikum...

Tanggungjawab dan masa. 

Apa kaitannya tanggungjawab dan masa? 

Kaitannya bila mana makin banyak tanggungjawab kita makin banyak masa yang kita perlukan. Kakak ambil contoh di tempat kerja je supaya mudah nak faham. Bila kerja kita sikit, kita tak ambil masa yang lama untuk siapkan. Berbeza pula halnya bila kerj akita bertambah. Masa kita peruntukkan untuk siapkan kerja pun bertambah.

Paling tak best bila tak cukup masa kita TERPAKSA overtime! Ni kakak cukup pantang !😤

Makanya, untuk pastikan masa kita terletak cantik dan dapat digunakan secara efektif (nah ayat acah power), hari ni kakak nak share tips untuk menghadapi masa yang mencemburui kita. Bahasa mudahnya kakak nak share cara menguruskan masa di kala kerja menggunung.

Cekidauttt!

1. List things-to-do

Ni paling penting dan memang perkara paling pertama yang kita kena buat untuk pastikan kerja kita lancar. A MUST! Even surirumah pun memang bagus kalau buat senarai ni lagi-lagi kalau sejenis mudah hilang ingatan macam kakak ni. Kot-kot la lupa nak masak nasi. 

2. Pilih perkara urgent & important

Okay, lepas korang dah list out kan kerja yang perlu dibuat, korang dah boleh asingkan kepada yang lebih penting dan segera. Kalau kerja yang ada deadline, yang tu la korang perlu buat dulu. Supaya korang tak stress bila kena kejar dengan boss. Jangan gopoh nak siapkan semua sampai terlupa kerja yang paling perlu siap dulu. Faham kan?

3. Don't stop!

Apa-apa yang korang buat, please don't stop. Don't stop ni maksudnya bukanlah buat kerja sampai tak makan minum solat..Kang ada yang claim kakak bagi ajaran sesat. Dunia akhir zaman, semua orang fikir duniawi..tiber! NO!. Maksudnya, korang tak sampai rasa macam, 'eh malaslah aku nak fikir (tutup pc, lagak orang putus asa)'. Please don't! Buat slow takpe, janji buat. Bak kata omputih celup sekarang ni, slowly but surely.😎

4. Berdoa dan berzikir.

Doa banyak-banyak supaya kerja yang kita buat jadi mudah bagi kita. Zikir selalu supaya kita rasa tenang untuk siapkan kerja. Supaya otak tak berserabut dok fikir kerja yang menimbun.

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya:Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah.

5. Jangan merungut.

Korang perasan tak, kalau kita buat kerja sambil merungut, kita tak ikhlas. Bila kita tak ikhlas, kerja kita jadi susah, lambat siap, kepala berserabut. Pernah tak rasa? Jangan kata tak pernah sebab kita bukan maksum. Hehehe😜 Jadi, jangan merungut. Buat kerja dengan ikhlas dan tenang walaupun kita buatkan kerja orang. InshaAllah semua kerja pasti beres!

So, kakak dah bagi tips ni, jangan stress-stress lagi tau. Korang kena faham, "Tanggungjawab akan sentiasa lebih banyak dari masa yang kita ada"-Imam Hassan al-Banna.

Rancanglah waktu kita sebaiknya sebab Allah hanya menguji kita sesuai dengan kemampuan kita. 

Chill!


Monday, March 4, 2019

BERGURU DENGAN KEHIDUPAN

Assalamualaikum...

Sedar atau tak sedar, setiap peristiwa, pahit atau manis, baik atau buruk, hakikatnya adalah 'guru' yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih, dan sakit untuk kita menerimanya. Oleh itu, apabila ditimpa sesuatu musibah atau menerima sesuatu nikmat, muhasabahlah diri : Apakah hikmah disebalik semua itu?

     Anggaplah setiap sesuatu yang berlaku ke atas diri dan kehidupan kita ada tujuan tertentu, dengan ini hidup kita akan sentiasa tenang dan teratur. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup kita adalah 'mehnah' : didikan terus daripada Allah. Apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah didikan Allah untuk hambanya.

Jika seseorang datang dan membuat kita marah, maka dia adalah 'guru' yang mengajar kita erti sabar. Jika kita terasa kesempitan wang, maka situasi itu sedang mengajar kita supaya berjimat cermat. Jika kita dikecewakan, maka ia mengajar kita supaya tidak terlalu berharap. Begitu juga hal-hal lain .

     Tujuan utama diberi cabaran dan dugaan dalam hidup adalah untuk mengubah dan mengajar kita berdepan dengan kehidupan. Hidup kita akan sentiasa berlaku perubahan yang berterusan dan perubahan tersebut berlaku melalui pengalaman yang kita lalui. Kita tidak boleh lari daripada masalah kerana orang yang lari daripada masalah ialah orang yang kalah.

Kita tidak boleh menentukan takdir, tetapi kita yang mentadbir diri kita sendiri sebagai khalifah. Lakukan sesuatu dengan tujuan. Jangan lakukan sesuatu atas dasar 'saja-saja' kerana hidup kita akan menjadi sia-sia. Orang yang mempunyai tujuan tidak akan mudah patah semangat. Oleh itu, belajarlah sesuatu daripada kehidupan dan pengalaman hidup sendiri, kerana setiap pengalaman pasti terselit suatu hikmah yang cukup besar. InsyaAllah...

"We cannot direct the wind, but we can adjust our sail." 😉